supporters.musketeersfa.com

Anda adalah sebahagian daripada perjalanan kami dalam membentuk modal insan yang seimbang ...

Dengan sumbangan anda, kami bukan sahaja melahirkan pemain bola sepak yang mahir , tetapi juga dapat mengcungkil bakat, potensi dan meningkatkan kemahiran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.Kami percaya bahawa setiap individu mempunyai potensi yang unik, dan dengan sumbangan anda, kami dapat membantu mereka menggapainya. Kami tidak hanya berusaha untuk mencipta atlet yang hebat, tetapi juga warganegara yang berilmu, berdisiplin, dan mempunyai nilai-nilai positif. Ini adalah matlamat kami dalam membentuk generasi masa depan yang akan membawa kebaikan kepada masyarakat dan dunia sukan.

Matlamat Utama

PEMBANGGUNAN INSAN

Bertemakan bukan sekadar bola sepak (more than football), para pelatih kami akan didedahkan kepada program pembangunan bola sepak dan lebih dari 30 program (non football) bagi tahun 2024. Program bertujuan untuk menyediakan platform pembangunan Insan yang seimbang dipelbagai aspek 5K.

Apa Itu

5K

KEILMUAN

Melengkapkan dan menerapkan keperluan utama pelatih dibidang pendidikan melalui platform bola sepak.

KEMAHIRAN & KERJAYA

Bola sepak mampu mendedah, mengenal pasti dan mengasah potensi dan bakat pelatih di bidang lain bagi melengkapkan pakej diri yang serba boleh dan dinamik.

KESUKANAN

Melahirkan pemain yang berkualiti serta serba boleh dan membentuk sebuah pasukan bola sepak yang kompetetif.

KEKELUARGAAN

Menjadikan bola sepak sebagai aktiviti riadah keluarga seterusnya menarik penyertaan ahli kelurga lain sebagai penyokong & pendorong. Bola sepak juga menjadi medium komunikasi & persekitaran keluarga.

KOMUNITI

Menyemai dan menyuburkan sifat empati dan pendedahan pelatih bersama pelbagai jaringan komuniti. 

Oleh itu, sokongan daripada anda semua amatlah diperlukan untuk mencapai matlamat 5K.

PERLAKSANAAN

Dengan bantuan kerjasama anda, Dana akan Digunakan Sebaik Mungkin Dari Pelbagai Sudut. Antaranya;-

PENGURUSAN PASUKAN

Menjaga pasukan dengan baik. Ini termasuk pembayaran kepada jurulatih, pengurusan peralatan, perbelanjaan perjalanan, dan urusan biasa yang diperlukan untuk menjalankan pasukan secara efisien.

LATIHAN

Membantu pemain bola sepak untuk berkembang dan mencapai tahap terbaik mereka. Ini termasuk melalui latihan, pengembangan kemahiran, dan peluang kompetisi yang berkualiti.

PERALATAN

Matlamat adalah untuk menyediakan peralatan dan kemudahan yang diperlukan untuk latihan dan perlawanan. Ini termasuk membeli jersi, bola, padang latihan, dan lain-lain.

PENDIDIKAN

Menggalakkan pendidikan dan nilai-nilai positif dalam kalangan pemain. Ini termasuk pendidikan tentang kesihatan, disiplin, kerjasama, dan tanggungjawab.

PENYERTAAN KEJOHANAN

Menyertai kejohanan untuk memastikan pemain berdaya saing dan mengekalkan kualiti setiap pemain yang ada. Banyak kejohanan yang disertai di sekitar negeri Sabah dan sekitar.

Dan pelbagai lagi bentuk penggunaan yang akan kami bentangkan dari semasa ke semasa.

BAGAIMANA MENUNJUKKAN SOKONGAN ANDA ?

Pilih pakej sokongan
Masukkan maklumat diri anda
Buat pembayaran secara atas talian
Terima cenderamat Supporter

Hanya dengan 4 langkah sahaja anda mampu membantu menigkatkan kemahiran dan prestasi anak-anak ini

Musketeers Football Academy telah merangka program-program selaras dengan visi, misi dan matlamat 5K. Selain pembanggunan bola sepak, program dan aktiviti turut fokus kepada PROGRAM PENDIDIKAN, KEMAHIRAN & KERJAYA, KEKELUARGAAN DAN KOMUNITI.

Antara Program-Program yang dirancang

PENDIDIKAN

  • Program Intervensi Pendidikan | Kelas Tuisyen Percuma (PIPE)
  • Kelas Intensif Pendidikan Teras (Ke-IPT)
  • Learning, Education & Development (LEAD)

KEMAHIRAN & KERJAYA

  • Program Persijilan (Kerjasama ILP, TVET, Agensi & IPT)
  • Kompetetif Nasional (IM Possible 2035 Project)
  • Penempatan Kerjaya – (GEAR)

KEKELUARGAAN

  • Parent, Environment & Kids (PEAK)
  • Menyantuni Warga Emas (Old Is Gold)
  • Hari Keluarga Musketeers

KOMUNITI

  • Animal Feeding & Adoption Programme – Hidupan Liar
  • Peace With Nature – Alam Sekitar
  • Kemanusiaan & Komuniti (HiCOM)

Serta pelbagai lagi program yang akan menyusul

Program dan aktiviti ini akan mewujudkan persekitaran yang proaktif dalam mencungkil bakat, mengasah potensi, meningkatkan kemahiran dan mencapai kejayaan dalam sukan bola sepak .

Antara gambar aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan oleh MUSKETEERS

Serba Ringkas Mengenai Kami

293616664_120474907367633_4835356808516243509_n-removebg-preview.png

musketeers football academy

Musketeers Football Academy memulakan langkah awal di Sandakan, Sabah bagi menyediakan platform untuk pembangunan bola sepak bermula diperingkat akar umbi. Buat permulaan, pelatih-pelatih dibimbing bermula seawal usia empat tahun hingga 12 tahun sebelum membuka latihan ke pelbagai peringkat umur dalam siri mencapai Projek I’M Possible Musketeers untuk menyertai Kejohanan yang berprestij di Malaysia. MUSKETEERS menggariskan beberapa pendekatan sebagai VISI, MISI dan MATLAMAT pembangunannya agar pengisiannya seimbang dipelbagai aspek tanpa mengabaikan keperluan yang lain..

Menerusi salah satu misi 5k Musketeers Football Academy iaitu musketeers4community, Musketeers Projek Komuniti dianjurkan sebagai Program untuk menyediakan platform pembangunan Insan yang seimbang.

Musketeers menawarkan pakej sokongan dan cenderamata eksklusif sebagai penghargaan sokongan anda.

Days
Hours
Minutes

Pakej sokongan dan cenderamata akan tamat dalam masa ditetapkan

pakej supporter

Rebut peluang dibawah sekarang

LIBARAN SUPPORTERS

RM 59.00/person

Cenderamata Menarik Menanti Anda

DAFTAR SEGERA SEBELUM PENDAFTARAN DITUTUP!

LANKAYAN SUPPORTERS

RM 99.00/person

Cenderamata Menarik Menanti Anda

DAFTAR SEGERA SEBELUM PENDAFTARAN DITUTUP!

SEPILOK SUPPORTERS

RM 149.00/person

Cenderamata Menarik Menanti Anda

DAFTAR SEGERA SEBELUM PENDAFTARAN DITUTUP!

ELOPURA SUPPORTERS

RM 199.00/person

Cenderamata Menarik Menanti Anda

DAFTAR SEGERA SEBELUM PENDAFTARAN DITUTUP!

Dengan sumbangan anda, anda telah menjadi sebahagian daripada keluarga pasukan kami. Terima kasih kerana menyokong dan percaya kepada kami

TERMA DAN SYARAT DISKAUN DAN BAUCER MUSKETEERS

DISKAUN TUNAI MUSKETEERS

  1. Diskaun tunai sah digunakan sebelum atau pada 31 Disember 2024. Perlanjutan diskaun tunai (jika ada) akan dimaklumankan dari masa ke semasa.
  2. Diskaun tunai sah untuk pembelian online sahaja.
  3. Pembelian minima RM100 untuk melayakkan diskaun tunai.
  4. Diskaun tunai hanya sah pada harga asal setiap barang/item.
  5. Diskaun tunai boleh digunakan untuk membeli barang-barang Musketeers (Musk-Chendise) sahaja.
  6. Musketeers berhak untuk menambah, menukar, meminda atau mengubah terma dan syarat yang terkandung di sini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.
  7.  

BAUCER MUSKETEERS | X

  1. Baucer Musketeers | X tertakluk kepada Rakan penaja yang mengambil bahagian.
  2. Baucer Musketeers | X boleh digunakan mengikut tarikh yang tertera pada setiap baucer. Perlanjutan tempoh Baucer Musketeers (jika ada) akan dimaklumankan dari masa ke semasa.
  3. Baucer Musketeers | X sah untuk pembelian seperti yang dinyatakan samada online atau offline.
  4. Minima pembelian untuk menggunakan Baucer Musketeers | X tertakluk kepada rakan penaja yang mengambil bahagian.
  5. Musketeers FA dan Rakan Penaja yang mengambil bahagian berhak untuk menambah, menukar, meminda atau mengubah terma dan syarat yang terkandung pada Baucer Musketeers | X pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Program bola sepak  menawarkan peluang pendidikan kepada pemain muda. Dana boleh digunakan untuk memberikan bantuan kewangan kepada pemain yang ingin mengejar pendidikan tinggi sekaligus mengejar kerjaya bola sepak.

Sudah tentu boleh, anda boleh memilih untuk menderma berdasarkan pakej sokongan yang disediakan dan sumbangan  anda  sangat dihargai.

Anda akan mendapat cenderamata Eklusive yang disediakan oleh pihak Musketeers, mengikut pakej sokongan yang anda pilih.

Shopping Cart